5 cara untuk mengurangkan kedutan

5 cara untuk mengurangkan kedutan

22 Disember 2017 Off By Arissa

Terdapat pelbagai cara untuk mendatangkan impak positif kepada masalah penuaan kulit pramatang dan penambahan kedutan. Diet yang kurang sesuai, tahap stres yang tinggi, pendedahan kulit kepada sinaran UV, serta waktu tidur yang tidak berkualiti. Kesemuanya mendorong kepada tanda-tanda awal penuaan untuk keluar lebih awal yang dapat ditunjukkan berdasarkan umur biologi. Walaupun telah matang, anda masih berupaya untuk melawan perkembangan kedutan-kedutan baru dan pendalaman kedutan yang sedia ada, dan kita bukan bercakap tentang Botox. Jadi, apakah 5 cara untuk mengurangkan kedutan?

Contents

Pertama, jaga kulit anda dari dalam

Sebelum anda menggunakan perkara yang lebih signifikan terhadap kedutan yang sedia ada, pastikan tidak ada kedutan baru yang muncul. Pastikan anda ingat untuk membersihkan muka anda daripada bendasing dan sebum, kerana ia menolong radikal bebas untuk mempercepatkan proses penuaan kulit dan penambahan kedutan. Kulit yang muda dan sihat bersumberkan diet harian anda: tomato, lobak merah, bayam, pasli, walnut dan juga kuaci. Penghidratan kulit yang betul juga sangat penting. Pengambilan air yang cukup dapat mengekalkan tahap kandungan air-lipid yang sesuai yang berfungsi sebagai pelindung dan juga memberi impak kepada keelastikan kulit.

Menggunakan krim nutrisi pada waktu pagi dan malam

Beserta pelembapan dari dalam, penggunaan krim nutrisi juga boleh menjadi senjata dalam perperangan menentang kedutan. Jika terdapat tanda-tanda awal penuaan, anda patut menggunakan krim yang bukan sahaja melembap, malahan melicin dan menegangkan kulit. Krim kedutan selalunya mengandungi asid hyaluronik, serta bahan-bahan lain yang berharga. Cara bagus untuk memperlambatkan proses penuaan ialah dengan menggunakan krim yang semulajadi, mengandungi minyak herba yang dapat melambatkan proses penuaan dan dapat meresap melalui lapisan hidropolik kulit. Antaranya ialah minyak argan dan minyak jojoba. Selalunya krim semulajadi juga mengandungi xylitol – gula perang yang melindungi kulit daripada radikal bebas. Sudah tentu, krim anti kedutan juga mengandungi retinol, yang kemungkinannya merupakan produk yang kurang sesuai dengan beberpa jenis kulit, kerana ia akan menyebabkan iritasi. Untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak dikehendaki anda mesti menggunakan krim pelembap terlebih dahulu.

Perlindungan daripada sinaran UV

Sinaran UV juga akan memberi impak kepada penghasilan kedutan, untuk mengelakkan kedutan terhasil dengan lebih pantas, anda perlu menggunakan krim pelindung UV. Pada musim sejuk, anda boleh menggunakan krim 15 SPF, maanakala pada musim panas anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 25 SPF. Tidak lupa juga menggunakan cermin mata hitam, kerana menyepetkan mata boleh menyebabkan kedutan di kawasan mata.

Fototerapi dan botox, kaedah mengurangkan kedutan

Kaedah yang efektif untuk melawan kedutan ialah dengan menjalankan terapi cahaya di salon kecantikan. Aktinoterapi (terapi inframerah) merangsang sel untuk menghasilkan kolagen, yang mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit. Ia merupakan kaedah alternatif selain botox, yang diketahui ramai dan selalunya digunakan dikalangan wanita berusia. Anda juga boleh menyuntik racun sosej dalam dos yang selamat kerana merupakan kaedah yang sangat efektif tetapi anda perlu memilih klinik estetik yang terkenal dan seorang doktor yang berpengalaman. Ini adalah kerana jika prosedur gagal, ia boleh menyebabkan kelumpuhan sebahagian muka.

Meenggunakan masker kosmetik

Ramai orang menggunakan masker buatan sendiri, cnth. yang diperbuat daripada yogurt atau timun, pisang, minyak, dan nasi. Ia merupakan perkara yang sukar untuk dinilai tahap keberkesanannya, tetapi yang pastinya bahan yang dicampur dengan betul boleh menutrisikan dan melembapkan kulit.

Perperangan melawan kedutan merupakan sesuatu yang kompleks – yang melibatkan dalam dan luar badan. Hanya itulah yang dapat menjadikan anda bahagia dangan kulit yang awet muda. Anda sangat disyorkan untuk menggunakan kaedah yang telah diuji dan pastinya dapat mengurangkan kesan penuaan.