Berdengkur – punca, rawatan

Berdengkur – punca, rawatan

6 November 2017 Off By Arissa

Berdengkur merupakan suatu yang tidak ramai kaitkan dengan penyakit atau masalah kesihatan yang serius. Sebaliknya, mereka beranggapan bahawa itu hanya suatu masalah tidur – bagi individu yang berdengkur dan semua orang yang berdekatan. Ia dianggarkan sekitar 10% manusia berdengkur, 80% daripadanya ialah lelaki. Menurut doktor,kebanyakkan yang berdengkur melakukannya secara pisiologi, dan tidak berbahaya pada kesihatan mereka. Namun begitu, dengkuran boleh mendatangkan masalah serius kepada semua orang yang berada dalam bilik yang sama dengan pendengkur, kerana bunyi dengkuran dianggarkan boleh mencapai 90 desibel.

Contents

Apakah punca-punca berdengkur?

Walaupun ramai yang menghidapi masalah ini, jarang yang memikir akan puncanya. Mendengkur bukanlah penyakit, tetapi hanya satu kesan apabila udara yang melalui tekak disekat. Terdapat situasi apabila berdengkur menjadi suatu yang patologi dan membawa kesan negatif pada kesihatan – kami merujuk kepada apnea, apabila udara tidak dapat melepasi laring. Ini berlaku dengan kerap pada mereka yang menghadapi septum hidung yang telah berubah bentuk, lelangit mulut yang memanjang, tonsil yang besar, atau apa jua situasi yang berkaitan dengan kecacatan pada salur pernafasan. Masalah berdengkur ini cenderung terjadi pada mereka yang obis atau gemuk berlebihan, atau mengalami tekanan darah tinggi, wanita yang sedang haid, dan mereka yang pernah mengambil banyak alkohol pada masa dulu.

Apakah rawatan yang berkesan untuk berdengkur?

Apabila anda tidak pasti kenapa anda berdengkur, kebiasaannya penyelasaian yang mudah merupakan penyelesaian yang berkesan – turunkan berat badan anda sebanyak beberapa kilogram atau elakkan minum alkohol yang berlebihan sebelum tidur. Apa yang menarik adalah pil tidur dan merokok juga boleh menyebabkan anda berdengkur. Oleh yang demikian, amatlah bagus untuk tidak mengambilnya bagi memastikan waktu rehat yang berkualiti bagi diri anda sendiri dan orang sekeliling anda. Satu lagi fakta yang menarik adalah posisi tidur anda juga mempengaruhi kemungkinan anda berdengkur. Jika seseorang itu tidur terlentang, beliau berkemungkinan lebih besar untuk berdengkur berbanding dengan seseorang yang tidur miring atau tidur meniarap. Tidur miring dan meniarap dapat membantu mengurangkan risiko menghadapi simtom-simtom tersebut. Anda juga perlu selalu mendapatkan rawatan sehinggalah sembuh walaupun hanyalah hidung tersumbat dan radang yang kelihatan tidak bahaya pada salur pernafasan. Bagi wanita, dengkuran mungkin berlaku selepas datang haid. Jadi, rawatan yang sesuai merupakan terapi hormon. Terapi ini berfungsi bagi menambahkan kekurangan hormon yang bertanggungjawab merangsangkan otot tekak, iaitu hormon progesteron. Apabila masalah dengkuran disebabkan oleh perubahan rupa bentuk atau ketumbuhan di salur pernafasan seperti septum hidung – pembedahan untuk membuang tisu ini adalah rawatan yang efektif.

Apabila seseorang itu berdengkur, beliau pasti ingin tahu akan penyebab masalah beliau. Oleh itu, amalah penting untuk mencari sebab-sebab ini dan merawatnya, sama ada oleh anda sendiri atau dengan bantuan ahli perubatan professional. Kehidupan pasti akan menjadi lebih mudah lagi selesa bagi diri anda sendiri dan orang sekeliling selepas ini.