Bina Badan – Cara yang Efektif untuk Cergas

Bina Badan – Cara yang Efektif untuk Cergas

21 April 2018 Off By Arissa

Setelah selesai menambah jisim otot badan, ramai orang akan mengalihkan perhatian ke memperbaiki penampilan estetik dan proses pengasingan otot dengan mengurangkan tisu lemak berlebihan dan air sub-dermal. Proses latihan yang optimum pasti akan mempercepatkan anda mendapat tubuh impian dan mencapai matlamat yang diingini.

Contents

Tetapkan matlamat!

Pelan pemotongan yang standard mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan. Semasa waktu itu, anda boleh mengurangkan kalori secara perlahan-lahan dan melakukan berbagai senaman aerobik, atau latihan yang berintensiti tinggi. Keseluruhan proses ini memerlukan daya disiplin dan fokus yang kuat. Bagaimanakah untuk berlatih untuk membina badan? Antara yang paling sukar sekali adalah berlatih semasa defisit kalori. Oleh itu, rancangan latihan anda amat penting. Pilih latihan kegemaran anda dan waktu rehat yang sesuai boleh membantu anda mengharungi waktu ini dengan fokus. Kesan pertama dari vaskularisasi otot akan meningkatkan motivasi anda dan memangkinkan proses pemotongan. Semasa waktu ini, menulis jurnal latihan adalah amalan yang baik: catatkan proses pemotongan ini dengan kerap. Langkah-langkah kecil ini nescaya dapat membantu anda mencapai matlamat.

Bina badan – Ciri-ciri utama

Keberkesanan membina badan ini ditentukan oleh beberapa faktor. Aspek yang paling penting sekali adalah mengekalkan intensiti yang tinggi dalam semua latihan . Anda boleh melakukannya dengan mengurangkan selang waktu antara latihan dan ulangan. Selain itu, anda juga perlu mengekalkan jumlah latihan atau membuat sedikit pengubahsuaian pada beban angkatan berdasarkan kekuatan anda. Bagi kebanyakkan orang, kekuatan dikurangkan sedikit semasa proses pemotongan, tetapi ini bukanlah satu kemestian. Anda perlu tahu bahawa tubuh tidak berfungsi dengan baik apabila kekurangan kalori. Oleh itu, teruskan latihan angkat berat yang diamalkan semasa fasa membina otot. Dengan itu, badan anda akan sentiasa mendapat rangsangan pertumbuhan dan lama kelamaan, ini akan memberikan anda bentuk yang optimum.

Bagaimana untuk bina badan

Pelan latihan anda harus merangkumi senaman aerobik atau anaerobik yang dapat membakar tisu adipos dengan berkesan. Ini akan mempercepatkan metabolisma sel-sel dan memaksa tubuh membakar kalori dengan pantas secara keseluruhannya. Jumlah senaman kardio ini perlulah diubahsuai berdasarkan waktu dan keadaan badan semasa. Kelebihan senaman seperti ini adalah kebolehannya dimanipulasikan di pelan latihan anda. Apabila berat badan anda kelihatan tidak lagi meningkat, anda boleh menambahkan satu atau dua unit dan lihat hasilnya di hadapan cermin dan penimbang. Jika anda berasa letih pula, anda boleh mengurangkan satu atau dua unit dan juga mengurangkan pengambilan kalori daripada keperluan harian.

Lindungi otot anda!

Fasa pemotongan atau pengurangan ini amatlah sukar bagi tubuh anda. Hal ini kerana anda terpaksa berhadapan dengan dehidrasi dan kekurangan kalori pada masa yang sama. Bagi mengelakkan badan anda dari aspek-aspek negatif semasa fasa ini, anda perlu sentiasa mengambil protein yang secukupnya – 2.4g protein bagi setiap kilogram berat badan. Ini dapat melindungi otot-otot anda daripada kortison dan mengoptimumkan perubahan anabolik yang sedang berlaku di dalam badan anda. Selain dari protein, anda juga harus mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral di bawah:

  • Vitamin D3 dan K2
  • Magnesium
  • Omega-3 atau minyak hati ikan kod
  • Beta karotena
  • Kreatin

Pemakanan anda penting dalam mengoptimumkan proses pembakaran tisu adipos. Ini harus menjadi asas dalam mencapai bentuk badan impian anda. Semasa anda berada dalam defisit kalori, amatlah penting untuk memakan produk yang berkualiti tinggi dan apabila digabungkan dengan makanan tambahan yang disebutkan di atas, badan anda dapat dilindungi dari katabolisme. Pada fasa itu, juga mustahak untuk memilih produk yang tidak diproses dan yang kaya dengan vitamin dan elemen mikro dan makro.

Ringkasan

Bina badan merupakan salah satu elemen dalam mencapai badan impian anda. Jika dirancang dengan teliti, ini boleh memudahkan keseluruhan proses dan menjadi asas kepada semua tindakan. Ini termasuk kawalan pada defisit kalori, memanipulasikan jumlah senaman kardio, pemakanan atau diet dan akhir sekali, rehat dan pertumbuhan otot. Anda juga perlu mengambil makanan tambahan dengan produk tidur berkualiti seperti ZMA dan Gaba-500 semasa fasa itu. Pertumbuhan semula yang pantas pada masa kini membolehkan anda membuat latihan yang lebih baik pada masa hadapan. Sentiasa kawal badan anda semasa keseluruhan proses. Periksa dengan kerap bersama penimbang dan juga di hadapan cermin, di samping menggunakan akal dan logik.