
Cara-cara untuk mendapatkan payudara yang pejal dan mantap
11 April 2018Payudara yang cantik boleh diperolehi oleh semua wanita. Dengan penjagaan rapi dan pemilihan coli yang betul, payudara boleh mempunyai bentuk yang menawan, pejal dan juga sihat.
Contents
Cermin diri anda untuk seketika, panjagaan diri sangat penting.
Payudara yang cantik merupakan payudara yang sihat, oleh itu rutin harian anda mesti termasuk dengan pemerhatian, sentuhan dan juga pemeriksaan payudara. Setiap perubahan yang berlaku di kawasan sekeliling payudara dan puting dapat dilihat dengan lebih ketara jika pemeriksaan dilakukan pada satu hari yang sama setiap bulan. Masa terbaik bagi seorang wanita yang mengalami haid membuat pemeriksaan ialah selepas tempoh ia berlaku, diantara hari keenam ke hari kesepuluh kitar haid. Ini merupakan perkara yang penting kerana pada tempoh tersebut payudara menjadi lembut dan lebih sensitif kepada sentuhan. Bagi wanita yang mengalami menopaus pula, hari yang dipilih tidak penting – apa sahaja hari boleh dipilih. Pemeriksaan payudara merupakan suatu perkara seorang wanita tidak boleh abaikan. Dengan melakukan pemeriksaan, anda dapat mengesan jika adanya perkembangan penyakit kanser tahap awal dan dapat mendapat bantuan pakar sebelum keadaan menjadi semakin parah . Hanya beberapa minit diperlukan untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan baik dan memastikan sama ada payudara dalam keadaan yang selamat dan sihat. Beberapa perkara penting yang perlu diambil berat ialah : keadaan kulit di payudara, bentuk payudara dan keadaan puting ( sama ada ia mengeluarkan cecair ), serta perubahan yang dapat dirasai dibawah jari, contoh. ketulan yang tidak normal. Jika terdapat ketidakpastian, segera berjumpa pakar dalam bidang tersebut. Anda juga tidak patut mengabaikan mamografi dan USG, serta membuat temuduga dengan pakar sakit perempuan secara berkala.
Mengurut payudara juga akan membuatkan payudara anda pejal dan mantap. Kulit disekitar payudara tidak menyukai air panas kerana ia akan menghancurkan lapisan lipid yang melindunginya. Perbuatan yang lebih berfaedah bagi payudara ialah urutan bersilih ganti dan kaedah urutan sejuk berserta dengan pengaliran air. Daripada pancuran air, air dialirkan daripada kepala ke dada, urutan ini seolah-olah berbentuk nombor 8, yang bergerak disekeliling kedua-dua bahagian payudara. Kemudian, dengan pergerakan bulat, produk pelembut disapukan dan diratakan. Produk pelembut seperti minyak argan, minyak badam, minyak germa gandum, minyak zaitun dan juga minyak yang diperbuat daripada jintan, fenugreek, kacang macadamia dan kelapa sangat disyorkan kerana telah terbukti berkesan. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk memperolehi payudara yang cantik? Urutan menggunakan sarung tangan kasar frotte, ataupun urutan menggunakan span boleh memperbaikkan keadaan payudara jika menggunakan balsam yang sesuai ataupun minyak.
Sapuan pengupas dan sapuan kulit – bertujuan untuk melembap
Penjagaan setiap hari untuk memastikan kulit payudara sentiasa lembap akan menghasilkan payudara yang kelihatan menawan. Oleh kerana kulit payudara sangat halus dan nipis, serta menjadi kering dengan mudah, krim yang digunakan mestilah mengandungi : ekstrak ivy, alga laut, ekstrak pokok ‘horsetail’ dan juga teh hijau yang meningkatkan proses pembaikian dan pemejalan kulit. Vitamin daripada kumpulam B, A, C dan E serta mentega koko dan asid hyaluronic juga berfungsi sebagai pelembap.
Diet pemakanan dan senaman untuk payudara yang cantik
Banyak perkara bergantung kepada diet pemakanan, termasuklah ketegangan kulit payudara. Apakah yang paling penting untuk payudara? Paling penting ialah vitamin daripada kumpulan B yang boleh terdapat dalam produk tenusu dan produk gandum utuh. Selain itu, vitamin A, E dan C juga berfungsi untuk melindungi daripada radikal bebas dan juga terlibat dalam proses penuaan kulit. Kebanyakan vitamin tersebut dapat dijumpai di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayuran yang mempunyai keistimewaan yang unik ialah lobak kerana mengandungi kandungan beta-karotena yang besar. Penghidratan organisma juga akan memberi kesan kepada keadaan kulit. Penambahan atau pengurangan lemak dengan kadar yang sangat laju juga kurang sihat untuk kulit kerana akan menyebabkan kulit kurang tegang dan menghasilkan kesan regangan.
Apakah itu diet tanpa senaman yang efektif? Peranan aktiviti fizikal dalam kehidupan manusia sangat berharga. Kemahuan untuk meninggikan dan menegangkan payudara juga berkait rapat dengan senaman. Asas senaman yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan tekan tubi dan berenang. Anda juga boleh mengangkat berat yang ringan terlebih dahulu. Fokus utama ialah untuk memperbesarkan otot di bahagian dada. Postur badan yang betul, lurus, juga akan memberikan impak besar yang positif.
Ketahui saiz coli anda ataupun bagimanakah cara untuk memilih coli yang sesuai?
Coli merupakan antara perkara yang terpenting dalam almari pakaian wanita, yang menyebabkan pemilihan coli suatu perkara yang penting. Oleh kerana sistem saiz mangkuk yang telah diperkenalkan sangat membantu, payudara boleh kelihatan mantap dan selesa yang dapat menggembirakan perasaan, keselesaan dan juga keyakinan seseorang. Bra yang kurang sesuai boleh menjejaskan penampilan : terlalu kecil akan menyebabkan payudara berubah bentuk manakala jika terlalu besar akan menyebabkan payudara kendur kerana kurang sokongan.
Cara pemilihan asas coli ialah dengan berpandukan panjang lilitan dada. Panjang lilitan diukur menggunakan pita yang diselaraskan dibawah payudara yang akan memberikan ukuran panjang yang sesuai untuk menamoung payudara anda. Semasa proses mengukur, hembus keluar nafas dan ketatkan sedikit pita supaya ia dapat menyentuh kulit dengan sempurna. Pastikan pita tersebut tidak terlalu ketat hingga boleh menyebabkan kesulitan untuk bernafas ataupun kesakitan. Ukuran yang diperoleh mestilah dibundarkan, contoh. jika ukuran yang diperoleh ialah 77 cm, ia patut dibundarkan kepada 75 cm. Mengapa? Ini adalah kerana coli yang bermutu tinggi juga akan meregang pada satu masa.
Panjang lilitan juga merupkan salah satu perkara, bagaimana pula dengan saiz mangkuk? Proses mengukur patut bermula dengan menyelaraskan pengukur supaya selari dengan puting. Pita pengukur sepatutnya melitupi payudara dengan longgar. Setelah endapat ukuran yang tepat, ukuran tersebut tidak perlu dibundarkan keatas ataupun kebawah. Ketika hendak mencuba memakai coli, anda dinasihatkan untuk menunduk kebawah kemudian mengancingnya dalam keadaan yang paling longgar.
Satu peraturan yang boleh digunapakai ialah : jika hendak menukar panjang lilitan, pastikan saiz mangkuk juga ditukar. Peraturan ini berfungsi untuk kedua-dua situasi, jika hendak memilih lilitan yang lebih besar pula, pastikan anda memilih saiz mangkuk yang lebih besar.
Cara-cara untuk memilih coli
Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui untuk menilai sama ada coli yang dipilih sesuai untuk payudara anda. Penunjuk pertama ialah pastikan bahagian belakang coli mendatar supaya ia tidak bergerak ketika dipakai. Kemudian, lihat diri anda daripada sudut hadapan untuk memastikan payudara anda dinaikkan sedikit. Mengubah tali bra merupakan cara penyelesaian masalah yang tidak berapa bagus kerana perkara pertama yang perlu diperbaiki ialah panjang lilitan coli. Pastikan tali coli tidak terkena tangan anda dan berat payudara anda ditampung oleh lilitan dibawah payudara. Pastikan juga bahawa payudara dapat ditampung oleh mangkuk coli secara keseluruhan. Periksa keadaan di bawah ketiak – jika tiada lipatan yang terhasil maka mankuk coli yang dipilih sesuai. Jika mankuk coli berlipat dan tidak membungkus payudara dangan sempurna, coli yang dipilih terlalu longgar dan saiz yang lebih kecil lebih sesuai. Bahagian seterusnya ialah tetulang dan bagaimana ia patut diselaraskan. Pastikan tetulang menyelubungi tulang rusuk dan tidak bersentuh dengan payudara dalam apa-apa keadaan. Ia sepatutnya kekal dibawah payudara dan bahagian sisinya patut selaras dengan bahagian tengah ketiak. Dengan cara ini, ia tidak akan mencucuk dan menekan payudara anda. Penunjuk terakhir ialah dengan membuat beberapa pergerakan pantas dan rawak dengan coli yang telah dipasang yang akan menentukan sama ada saiz coli yang dipilih sesuai. Jika kedudukan coli tidak berubah ketika menunduk, melompat atau berpusing maka coli yang dipilih sesuai.
“Bagaimanakah cara untuk memilih coli?” merupakan pertanyaan yang sering ditanya oleh wanita. Pakaian dalam yang sesuai dapat menghasilkan keselesaan, ketenangan dan rasa selamat. Dengan pemilihan saiz coli yang betul serta senaman dan diet pemakanan yang betul, wanita dapat menikmati payudara yang mantap dan cantik.