Keguguran rambut di kalangan wanita

Keguguran rambut di kalangan wanita

11 Oktober 2017 Off By Arissa

Keguguran rambut adalah masalah yang tidak hanya dialami oleh lelaki, malah perempuan juga. Setiap hari, kita kehilangan 100 helai rambut, yang mana adalah normal, tetapi apabila anda kehilangan segenggam rambut, ini adalah masa untuk duduk dan berfikir tentang puncanya, dan bagaimana anda mampu melambatkan proses yang tidak dapat dielakkan ini. Apakah penyebab keguguran rambut dan bagaimanakah cara untuk merawat keguguran rambut berlebihan?

Contents

Kitar pertumbuhan rambut

Liang rambut setiap wanita akan mengalami perubahan yang tidak dapat dielakkan, dan pertumbuhannya boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang sentiasa berulang, mengikut susunan: anagen (fasa pertumbuhan), katagen (fasa transisi), telogen (fasa rehat) dan exogen (fasa menyalinan kulit). Dalam situasi kehilangan 100 helai rambut, kamu tidak perlu risau, ianya adalah proses normal yang berkait dengan fasa yang telah diberitahu sebelum ini. Tetapi jika rambut anda mula gugur dengan lebih cepat, anda perlu menerima rawatan yang sesuai, dan mencari apakah punca tersembunyi yang menyebabkan keguguran berlebihan tersebut.

Punca keguguran rambut berlebihan di kalangan wanita

Rambut boleh gugur oleh sebab-sebab yang berbeza, tetapi sebab yang paling kerap berlaku adalah: tekanan hidup yang tinggi, penyakit berjangkit, depressi, pernah melalui pembedahan, mengambil ubat-ubatan tertentu dan cubaan mengurangkan berat badan dengan cara mengehadkan pengambilan zat besi dan vitamin B dalam diet harian. Mungkin, ramai juga wanita mengalami masalah yang dipanggil alopecia areata, iaitu keguguran rambut pada satu tempat spesifik sahaja, sebagai contoh, di bahagian belakang atau atas kepala. Sebelum ini, disangkakan bahawa masalah keguguran rambut tersebut mempunyai kaitan dengan neuron atau genetik, tetapi banyak kajian yang telah membuktikan bahawa masalah tersebut adalah disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada sistem immunisasi. Dalam kes perempuan, keguguran rambut berlebihan mungkin juga berpunca daripada hormon, lebih-lebih lagi selepas menopaus, ketika mengalami hipotiroidisme iaitu keaktifan kelenjar tiroid berlebihan, atau ketika mengandung. Merokok, mewarnakan rambut dan kehadiran bahan bertoksik di dalam badan juga mampu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan rambut.

Merawat keguguran rambut

Untuk memperlahankan proses keguguran rambut, pertama sekali anda perlu mengelakkan sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini, yang mana akan pasti memulihkan kesihatan rambut anda dengan ketara. Melawan keguguran rambut berlebihan haruslah dengan cara dwiarah – dalaman dan luaran. Anda harus mengambil diet yang seimbang, kaya dengan biotin, vitamin B dan zat besi. Anda perlu memperkenalkan yis, lemak ikan, jelatang dan teh ekor kuda dalam diet seharian. Untuk merawat keguguran rambut secara luaran dalam kalangan wanita, anda harus mangambil pil istimewa, syampu, kondisioner dan mask yang merawat rambut. Anda boleh membelinya dengan mudah di farmasi dan ‘drugstore’. Jika anda masih tidak dapat melihat sebarang perubahan setelah mengikuti nasihat ini, anda haruslah bertemu dengan pakar dermatologi yang mampu memperkenalkan rawatan yang sesuai berdasarkan punca sebenar keguguran rambut anda iaitu dalam bentuk krim khas yang hanya boleh didapatkan melalui preskripsi doctor.