
Peraturan untuk penurunan berat badan sihat
6 Mei 2018Kebanyakan orang, terutamanya pada musim panas, bercita-cita untuk menurunkan berat badan. Namun pada realitinya, ia merupakan perkara yang bukan mudah. Hasil yang selalu dikatakan sebagai menakjubkan yang dicapai melalui pengamalan diet yang ekstrem sering berakhir dengan sia-sia kerana akan berakhir dengan kembali ke berat badan mereka yang asal pada waktu yang singkat ataupun yang lebih teruk, bertambah lebih berat daripada yang asal. Apakah kesalahan pada kebiasaannya dilakukan oleh orang yang hendak menurunkan berat badan? Apakah yang diperlukan untuk mengatasi efek yoyo tersebut.
Contents
Anda perlu bermula daripada ini : Diet pada ringkasnya merupakan cara pemakanan yang sering disalah tafsir sebagai perkara yang berkait dengan penurunan berat badan. Benar, diet yang rasional boleh mendorong kepada penurunan berat, jika anda kurang setuju dengan penyataan sebelumnya. Apabila anda mula melakukan proses penurunan berat badan, selalunya anda akan menyingkirkan beberapa makanan daripada diet anda. Namun, badan anda memerlukan protein, lemak dan juga karbohidrat. Anda tidak boleh mengabaikan vitamin dan juga unsur makro. Sudah tentu, anda perlu menyingkirkan atau menyurangkan pengambilan bahan-bahan yang memudaratkan sebanyak mungkin. Selain daripada menyingkirkan protein,lemak dan juga karbohidrat dengan sepenuhnya, kesilapan yang sering dilakukan ialah pengambilan kalori yang tidak cukup. Ini akan mengurangkan kadar metabolisma dalam badan dan juga proses penyimpanan lemak dalam badan. Walaupun anda bermula menurunkan berat badan melalui pengurangan air dan otot dalam badan, pada suatu masa penurunan berat badan anda akan terhenti yang terhasil daripada tindak balas semulajadi badan anda untuk mengatasi kebuluran. Kadar metabolisma yang rendah akan diingati oleh badan apabila pengamalan diet yang sangat ketat, yang akan menyebabkan badan menghadam makanan dengan kadar yang lambat setelah anda meningkatkan pengambilan kalori. Ini akan mendorong kepada efek yoyo. Selain itu, kesilapan yang sering dilakukan ialah penyalahgunaan serat dalam makanan, beserta bahan lain yang merangsang usus. Ini akan mendorong kepada penyahkawalseliaan metabolisma anda yang akan mendorong kepada cirit-birit dan juga sembelit yang kronik serta pada masa yang sama, menyahhidratkan badan anda dan menyebabkan kekurangan vitamin A dan B12 yang disingkirkan sekali ketika cirit-birit dan sembelit.

Kaedah penurunan berat badan yang sihat – minta nasihat daripada seorang ahli diet ataupun ikuti peraturan asasnya
Kadar pengambilan kalori anda dikira berdasarkan BMI dan juga gaya hidup anda dengan menggunakan kadar penukaran yang sesuai. Umur juga akan diambil kira. Apabila seorang ahli diet hendak menetapkan diet untuk seseorang, komposisi air, otot dan juga lemak dalam badan akan diperiksa terlebih dahulu. Berdasarkan maklumat tersebut dan hasil kajian : cnth. alergi makanan, diet yang sesuai untuk seseorang dapat dibina. Jika mereka menghidap penyakit alergi makanan ataupun penyakit kronik, nasihat daripada seseorang ahli diet adalah sangat penting jika mereka hendak menurunkan berat badan. Pada masa yang sama, orang yang sihat juga boleh membina diet mereka sendiri dengan mengikuti peraturan asas untuk menurunkan berat badan. Yang paling penting ialah dengan makan dengan lebih kerap, tetapi kurangkan kuantiti. Selalunya seseorang akan makan sehingga kenyang, yang akan mengehadkan jumlah hidangan. Ini merupakan cara yang senang untuk menyimpan lemak dan air melalui tabiat yang kurang elok. Ia disyorkan untuk makan 5 kali sehari. Sajian yang dihidang perlulah dilengkapi dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan, 5 kali sehari. Anda tidak boleh mengambil lebih daripada satu bahagian daging dalam sehari. Anda perlulah merebus daging terlebih dahulu tanpa menambah lemak ataupun mengukusnya. Setiap hidangan perlulah mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan dua kali sehari anda perlu memakan lemak sayuran, yang boleh didapati di dalam salad. Sepertimana yang anda ketahui, anda perlu mengehadkan pengambilan gula ringkas sebanyak mungkin kerana ia akan menyebabkan serangan kelaparan – pada peringkat awal, ia akan menghantar dos insulin yang besar ke dalam darah, kemudian kadar kehilangan insulin yang terlalu cepat akan menyebabkan kelaparan. Menambah ikan dalam diet merupakan perkara yang sangat elok, ini adalah kerana ia diperkaya dengan asid omega-3. Sebagi contoh, ikan salmon, makerel dan tuna. Makanan berminyak yang mengandungi lemak trans mestilah disingkirkan sepenuhnya kerana ia akan mengundang arteriosclerosis. Sarapan merupakan perkara yang sangat penting kerana metabolisma aktif pada waktu pagi serta elakkan makan terlalu lewat ataupun pada waktu malam. Anda mesti, semestinya, minum banyak air kerana ia dapat menyingkirkan toksin dalam badan – kira-kira 1.5 – 2 liter, dan lebih banyak pada musim panas. Anda juga mesti tidur secukupnya kerana keseimbangan hormon yang terganggu akan menyebabkan gangguan metabolisma dan kenaikan berat badan. Berikut merupakan peraturan asas yang perlu anda patuhi.
Pembakaran kalori, pengurangan lemak
Terdapat banyak cara untuk membakar lemak dengan cepat. Namun, anda tidak boleh melakukannya secara berlebihan.